LUIS Suarez berjanji untuk membalas kepercayaan yang ditunjukkan Liverpool terhadapnya dengan membantu mereka meraih trofi dan menamatkan saingan dalam kedudukan empat pasukan teratas.
Bintang Uruguay itu didapati bersalah oleh jawatankuasa undang-undang bebas bulan lalu kerana meluahkan perkataan berbentuk perkauman terhadap Patrice Evra.
Dia digantung lapan perlawanan dan denda 40,000 (RM192,770) tetapi Liverpool menyokong penyerang itu sepanjang proses itu dan kini mahu membalas budi dengan membantu kelab itu meraih kejayaan.
“Saya mahu menjulang trofi untuk Liverpool,” kata Suarez.
“Ketika saya datang ke sini, prestasi pasukan tidak begitu baik tetapi skuad ini lebih baik sekarang ini dan kami mampu meraih trofi dan kembali ke Liga Juara-Juara.“Saya mahu menjulang trofi untuk Liverpool,” kata Suarez.
“Tahun lalu, saya cukup bertuah kerana memenangi Copa America mewakili negara saya, sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan dan kami mencatat sejarah. Kini saya mahu menang sesuatu bersama Liverpool.
“Bila saya kembali bersama pasukan, itulah matlamat saya dan 2012 paling sempurna buat saya.”
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Liverpool, Januari lalu dan sudah pun menjadi pujaan peminat tetapi laporan minggu lalu membayangkan bahawa Real Madrid, Paris St-Germain pasukan gergasi Serie A, Inter Milan dan Juventus mungkin cuba mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku terhadap pemain berusia 24 tahun itu dengan menawarkan jalan keluar daripada Liga Perdana Inggeris.
Begitupun, Suarez menegaskan dia masih komited untuk terus bersama Anfield.
“Saya begitu teruja untuk menyertai Liverpool. Ia bagaikan impian menjadi kenyataan dan saya berharap untuk terus bersama mereka. Saya membesar dengan melihat aksi mereka dan mereka adalah kelab yang mempunyai sejarah hebat terutama dalam Liga Juara-Juara dan pemain yang hebat.”
Bekas pemain Ajax itu turut memuji kapten kelab itu, Steven Gerrard.
“Steven adalah pemain yang hebat. Saya tidak sedar betapa hebatnya dia sehingga saya datang ke sini. Bagaimana dia bermain, begitulah cara dia berlatih malah dia pemain hebat dan setia kepada kelab. Kepulangannya akan membantu pasukan.”
Suarez baru menjalani penggantungan dua daripada lapan perlawanan dan tidak akan kembali beraksi sehingga Februari untuk pasukan Kenny Dalglish.
0 comments:
Post a Comment