MICHAEL Carrick kini memberi tumpuan untuk meneruskan prestasi cemerlangnya di United daripada bersusah payah memikirkan mengenai peluangnya menyertai skuad England di Euro 2012.
Pemain tengah itu adalah antara yang paling menyerlah dalam pasukan itu musim ini dan meraih pujian daripada Sir Alex Ferguson yang mahukannya menjadi tonggak utama pasukan itu.
Biarpun bergelar pemain senior di Old Trafford, pemain berusia 30 tahun itu tidak pernah mewakili negaranya sejak perlawanan persahabatan menentang Mexcio sebelum Piala Dunia 2010, biarpun dia berada di bangku simpanan sebelum kelayakan Euro menentang Switzerland dan Bulgaria tahun lalu.
“Secara jujurnya, ia bukan sesuatu yang saya fikirkan ketika ini,” kata Carrick ketika ditanya mengenai prospek untuk tampil dalam satu lagi kejohanan utama.
“Saya hanya memberi tumpuan terhadap permainan di sini dan bermain dengan baik. Apa yang berlaku, sudah pun berlalu. Saya tidak terbabit dalam skuad itu sejak kebelakangan ini jadi saya hanya mahu beraksi cemerlang di sini.“Secara jujurnya, ia bukan sesuatu yang saya fikirkan ketika ini,” kata Carrick ketika ditanya mengenai prospek untuk tampil dalam satu lagi kejohanan utama.
Bekas bintang West Ham dan Spurs itu berkata gaya permainannya masih tidak berubah biarpun dia akhirnya mendapat pujian kerana mempamerkan aksi meyakinkan di posisi itu.
Dia dipuji banyak pihak meskipun dia menganggap tidak melakukan sebarang perubahan.
“Sebagai pemain, saya masih tidak berubah,” katanya. “Tetapi ketika anda semakin berusia dan meraih banyak pengalaman, ia memberikan anda lebih tanggungjawab. Anda mula melihat sesuatu dengan pandangan berbeza, tidak mengapa. Saya sudah selesa dengannya.
“Ya, itulah cara saya bermain dalam pasukan. Saya tidak akan mengubahnya hanya kerana situasi sudah berubah. Anda perlu memperbaiki apa yang anda kuasai selama ini.
“Saya sukakan tanggungjawab ini dan ketika anda menjadi semakin berusia, mungkin pemain muda melihat anda dengan cara berbeza. Saya selesa dengannya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment