GERVINHO merayu rakan sepasukannya, Robin van Persie supaya terus bersama Arsenal.
Penyerang Ivory Coast itu yang kini mewakili negaranya dalam Piala Negara-Negara Afrika berkata, Van Persie adalah pemimpin kelab itu dan inspirasi, malah menjadi impian setiap pemain untuk beraksi dengannya.
Kapten Gunners itu mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya dan pengurus, Arsene Wenger perlu mempertahankan pemainnya daripada dirampas dari Emirates musim depan.
“Saya tidak mahu Robin van Persie dijual. Arsenal adalah pasukan yang memerlukan pemain bola sepak yang bagus serta pemimpin hebat di padang,” kata Gervinho.
“Robin adalah pemain yang sentiasa menggesa rakan sepasukan supaya bekerja lebih kuat malah bekerja keras ketika perlawanan. Sesiapapun mengimpikan peluang bermain dengannya.“Saya tidak mahu Robin van Persie dijual. Arsenal adalah pasukan yang memerlukan pemain bola sepak yang bagus serta pemimpin hebat di padang,” kata Gervinho.
“Tidak syak lagi, Van Persie adalah kapten dan ketua dalam kumpulan ini. Saya melihatnya sejak hari pertama saya menyertai pasukan ini.
“Bagi saya, bila lawan menyaksikan Robin menentang mereka, sudah tentu ia tekanan psikologi yang hebat buat mereka. Saya sentiasa gembira digandingkan dengannya.”
Gervinho turut memohon maaf kerana meninggalkan Arsenal bulan ini tetapi mengakui dia terpaksa demi kesetiaan terhadap negara kelahirannya.
“Saya minta maaf tidak dapat membantu rakan sepasukan di Arsenal tetapi Ivory Coast memerlukan sumbangan saya. Negara saya cukup penting dan kami berharap dapat mara ke final.”
Sementara itu, pemain pinjaman, Thierry Henry meneruskan program kecergasannya minggu ini dan selepas jaringannya ke atas Leeds, Isnin lalu, dia dijangka digandingkan dengan Van Persie untuk menentang Swansea, Ahad ini.
Wenger juga menerima perkhabaran gembira dengan kepulangan Johan Djourou yang kembali cergas untuk mengisi semula barisan pertahanan.
Dua lagi pertahanan, Bacary Sagna dan Thomas Vermaelen juga dijangka bersedia untuk diturunkan menentang Manchester United pada 22 Januari ini.
0 comments:
Post a Comment