KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua menjadi mangsa ‘pernikahan orkestra’ yang dirancang dengan sempurna oleh suaminya termasuk majlis kenduri, sebelum dia digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu.
Wanita berusia 31 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, sebelum berkahwin mereka berdepan masalah kerana suaminya tidak mendapat persetujuan isteri pertama.
“Jadi, perkahwinan kami tertangguh hampir setahun. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki dan memberitahu dia mengenali jurunikah yang boleh menikahkan kami biarpun tanpa keizinan isteri pertama.
“Kami bernikah pada pertengahan 2007 dengan jurunikah dan saksi disediakan kawan suami saya dan majlis berlangsung meriah siap dengan kenduri,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farah, tembelang suaminya menggunakan sindiket jurunikah palsu untuk urusan perkahwinan itu terbongkar selepas dua bulan berkahwin apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
0 comments:
Post a Comment