Monday, 16 January 2012
Gol Milito sentap ego Milan
MILAN: Diego Milito, yang bergelut musim ini, menjaringkan gol pada awal babak kedua bagi membantu Inter Milan mengejutkan musuh ketat AC Milan 1-0 dalam perlawanan Serie A, kelmarin.
Penyerang Argentina itu melepasi kekangan pertahanan sebelum meledak rembatan yang menggegar jaring lawan, sekali gus membantu barisan Claudio Ranieri kembali dalam perebutan kejuaraan serta menamatkan rekod tanpa kalah 12 perlawanan Milan, selain turut merapati lawan itu dua mata di belakang.
Juara bertahan Milan, yang memulakan hujung minggu sebagai pendahulu bersama Juventus, lebih mengancam pada babak pertama tetapi gagal menyudahkan beberapa peluang hingga memberikan jurulatih Massimiliano Allegri kekalahan buat kali pertama dalam tempoh 18 bulan selepas mengendalikan pasukan kepada musuh ketat itu.Milan jatuh ke tangga kedua dengan ketinggalan satu mata di belakang Juventus selepas kelab Turin yang belum tewas itu seri 1-1 dengan Cagliari.
Inter kekal di tangga kelima tetapi kemenangan keenam berturut-turut itu merapatkan jurang mata dengan Juventus kepada enam mata, dengan mengumpul 38 mata.
“Ini adalah ujian penting buat kami, dari segi kedudukan dan semangat berpasukan,” kata Milito. “Menewaskan musuh ketat sudah tentu kejayaan yang manis terutama kepada semua yang menyokong ketika saya berdepan kesukaran.” – Reuters
Posted by
avantgarde
|
at
15:27
|
Labels:
sukan,
sukan luar negara
|
Estou lendo: Gol Milito sentap ego MilanTweet this!
| Feed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment