Monday, 16 January 2012
Thailand bukan sasaran serangan
BANGKOK: Suspek warga Lubnan dituduh Amerika Syarikat dan Israel merancang melancarkan keganasan di Bangkok, menafikan dakwaan itu tetapi memberi alamat tempat bahan letupan disimpan kepada pihak berkuasa yang menyebabkan polis mendakwanya melanggar undang-undang kawalan senjata Thailand.
“Suspek berkata, bahan itu untuk dibawa keluar dari negara tempat ia disembunyikan menggunakan kotak kipas angin elektrik. Dia minta saya beritahu rakyat Thai supaya tidak bimbang kerana tidak akan ada serangan pengganas di Thailand,” kata Ketua Polis, Jeneral Priewphan Damapong.
Katanya, suspek berkenaan, Atris Hussein, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, mengaku mengenai tempat simpanan di daerah Muang dan membawa polis ke bangunan dan membantu membukanya.Bangunan berkenaan disewa selama dua tahun dan digunakan untuk menyimpan barang untuk dihantar ke Asia Barat, katanya.
Damapong memetik Hussein sebagai berkata, bangunan tiga tingkat di Jalan Rama II itu digunakan untuk menyimpan bahan letupan dan tiada rancangan menyerang Thailand.
Antara bahan ditemui di tingkat dua bangunan itu termasuk 4,380 kilogram baja dalam 337 kotak dan 260 liter cecair ammonium nitrat. Turut dirampas ialah selipar dan 400 kipas elektrik yang dibungkus dalam kotak. Israel memberi maklumat mengenai cubaan pengganas menyerang Bangkok, bulan lalu.
Hussein, 47, ditahan ketika cuba menaiki pesawat untuk keluar dari Thailand, Jumaat lalu, kerana disyaki merancang menyerang tempat tumpuan pelancong di sini.
Penahanan dibuat selepas Kedutaan Amerika di Thailand mengeluarkan amaran kepada penduduknya mengenai kemungkinan serangan pengganas.
Dia didakwa melanggar undang-undang kawalan senjata, kata Timbalan Ketua Polis, Pansiri Prapawat. selepas baja dan ammonium nitrat ditemui di bilik sewaannya.
Ammonium nitrat selalunya digunakan dalam pertanian tetapi jika dicampur dengan bahan lain, boleh menjadi bom. Seorang perlu memiliki permit untuk memiliki bahan kimia di Thailand.
Thailand menuduh Hussein ada hubungan dengan pergerakan Hizbullah yang disenaraihitamkan sebagai kumpulan pengganas oleh Washington. – AFP/Agensi
Posted by
avantgarde
|
at
15:29
|
Labels:
luar negara
|
Estou lendo: Thailand bukan sasaran seranganTweet this!
| Feed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment