Monday, 16 January 2012
Barcelona dipaksa berpeluh
MADRID: Barcelona mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum bangkit menundukkan barisan 10 pemain Real Betis 4-2, sekali gus merapatkan jurang mata dengan pendahulu La Liga, Real Madrid kepada lima mata semula, kelmarin.
Dua jaringan Lionel Messi dan satu gol masing-masing daripada Xavi dan Alexis Sanchez membantu mereka melakar kemenangan selepas Ruben Castro dan Roque Santa Cruz menyamakan kedudukan.
Pemain Betis, Mario Vazquez diperintah keluar padang ketika kedudukan 2-2 dengan baki 20 minit perlawanan dan Barca tidak mensia-siakan peluang itu.Kini tumpuan beralih ke saingan Piala Sepanyol apabila dua gergasi itu akan berdepan sesama sendiri dalam pertembungan pertama suku akhir esok.
Real Madrid bangkit daripada ketinggalan Sabtu lalu sebelum menang 2-1 di Mallorca menerusi jaringan lewat Gonzalo Higuain dan Jose Callejon.
“Piala ini adalah pertandingan berbeza, jadi kami perlu ubah mentaliti kami. Apa yang kita tahu, kami akan berjuang berhabis-habisan untuk memenangi perlawanan itu,” kata Xavi.
“Kami tidak meragui mengenai permainan kami, walaupun kami tahu kami mampu beraksi lebih baik atau buruk berbanding malam ini. Falsafah kami sentiasa sama, kami akan menyerang.
“Kami berada lapan mata di belakang Real Madrid dan Betis menyukarkan kami kerana mereka mahu menguasai bola.” – AFP
Posted by
avantgarde
|
at
15:25
|
Labels:
sukan,
sukan luar negara
|
Estou lendo: Barcelona dipaksa berpeluhTweet this!
| Feed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment