MUZIK lebih bertenaga dan bunyi eksperimen diperbaharui yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini antara elemen dapat didengar menerusi album baru kumpulan rock Evanescence.
Selepas menyepi tiga tahun dan lima kali bertukar anggota pemuzik sepanjang 10 tahun lalu, kumpulan ‘dark-rock’ ini kembali dengan album baru kini berada dalam pasaran bertajuk Evanescence.
Album terbitan produser Nick Rasculinecz memuatkan 12 lagu. Album ini dilancarkan Oktober tahun lalu yang turut memuatkan dua single bertajuk, Want You Want dan My Heart Is Broken.
Bukan itu saja, terdapat empat lagu bonus seperti New Way To Bleed, Say You Will, Disappear dan Secret Door dalam edisi deluxe album ini.
Bukan itu saja, terdapat empat lagu bonus seperti New Way To Bleed, Say You Will, Disappear dan Secret Door dalam edisi deluxe album ini.
Apa yang pasti, kualiti lirik serta muzik lebih bertenaga dan dianggap sesuai diputarkan di radio ini menjanjikan kepuasan dan dianggap muzik terbaik pernah dihasilkan Evanescence untuk peminat antarabangsa.
Kata vokalis wanita dan pemain piano Evenescence, Amy Lee, album baru menggambarkan ‘ciptaan’ terkini berkisar pada instrumen dan idea menulis lagu daripada kumpulan ini sendiri.
“Apa kami dapat katakan, kami bekerjasama dengan salah seorang anggota yang menulis lagu untuk album ini. Banyak bahan baru dan muzik lebih pantas diketengahkan. Saya sangat menyukainya.
“Apa dapat perkatakan, kami lebih ceria, lebih bersedia dan merasakan seperti baru merakam album sulung. Lagipun, album ini membuatkan kami berasa seperti berada di tempat sendiri. Kami tidak pernah rasa begitu dekat di hati berbanding dua album pernah dihasilkan sebelum ini.
“Apapun, kami belum dapat mendapat reaksi penuh album Evanescence daripada peminat di serata dunia. Saya rasa album ini fokus terhadap mesej yang lebih mendalam dan Evanescence sentiasa berbesar hati dapat menghiburkan peminat dengan muzik kompleks.
“Bagi saya, setiap satu perkara dibuat berkait rapat dengan muzikal menggambarkan perasaan kami yang mahu meluahkan sesuatu. Mungkin juga album baru ada kaitan rapat dengan individu tertentu, sentiasa melengkapkan kami dengan apa kami cuba sampaikan,” katanya ketika bercakap kepada Harian Metro melalui telefon dari Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, kelmarin.
Selain Amy, Evanescence dianggotai Terry Balsamo (gitar), Tim McCord (bass), Will Hunt (dram) dan Troy McLawhorn (gitar).
Sejak ditubuhkan, dua anggota asal Amy dan gitaris, Ben Moody pada 1995 di Little Rock, Arkansas, Evanescence sudah menghasilkan dua album bertajuk Fallen pada 2003 dan The Door Open pada 2006.
Bagaimanapun, Moody meninggalkan kumpulan ini sewaktu Jelajah Eropah 2003 berikutan kewujudan ‘perbezaan kreativiti’ di antaranya dan Amy. Apapun, album Fallen yang terjual lebih 17 juta unit di seluruh dunia, masih dianggap penanda aras perlu diatasi oleh album baru ini.
Album Fallen meraih dua kejayaan Anugerah Grammy dan muncul pemenang anugerah Kerrang Awards! sebagai Kumpulan Baru Terbaik. Malah, album The Door Open juga tidak kurang hebat apabila dipilih sebagai Album Terbaik Australia MTV Awards.
Bercakap mengenai jelajah mereka, Amy yang pernah dipilih sebagai penyanyi rock wanita paling seksi berkata: “Selain Mexico, kami akan membuat persembahan Jelajah Asia, Australia dan berada di Eropah pada musim panas.
“Apapun, masih banyak negara berada dalam perancangan, Amerika Selatan, Amerika Syarikat dan mungkin kembali ke Eropah. Kami sentiasa menjelajah,” katanya sambil ketawa.
Ditanya mengapa memilih Nick sebagai produser, Amy memberitahu: “Dia berpengalaman menerbitkan beberapa album kumpulan rock saya minati seperti Deftones dan Stone Sour sebelum ini. Nick seorang bersemangat tinggi dan sentiasa ada idea hebat untuk diketengahkan.
Lagipun, album baru semakin maju ke hadapan dengan setiap anggota muzik bekerjasama dengan baik dari awal hingga akhir sepanjang album disiapkan,” katanya.
Kepada soalan mengenai hala tuju seseorang artis dicungkil menerusi program realiti, Amy mengakui, dirinya bukan seorang peminat program realiti.
“Bagi saya, untuk persembahan OK, tetapi tidak untuk penyanyi kerana untuk menjadi jenis ini, mereka memerlukan kemampuan mencipta dan bersifat asli dalam memberikan ekspresi. Bagi saya, ia sekadar program siapa lebih hebat dalam mencari populariti,” kata Amy yang mendapat latihan formal piano klasikal.
0 comments:
Post a Comment