PELAKON jelita dan sensasi, Rozita Che Wan berusaha menyediakan masakan kegemaran peminat setianya, Faris, iaitu Sambal Tumis Ketam dan Kuih Samosa. Kenapa pula Rozita sanggup melakukan semua itu walaupun hari itu dia berpuasa?
Sebenarnya, Rozita sanggup memasak untuk Faris bagi menjayakan rancangan Mangkuk Tingkat terbitan TV9. Rancangan itu memberi kejutan kepada peminat di mana artis pujaan mereka memasak hidangan kegemaran mereka.
Sempena hari jadi Faris yang bakal tiba, sahabat baiknya, Muadz menghubungi penerbit Mangkuk Tingkat untuk memberi kejutan kepada Faris. Sikap ‘sporting’ Rozita meredah panas demi menyediakan makanan kegemaran peminat setianya amat dikagumi.
Rancangan itu dihoskan oleh Sharifah Shahirah (Shira) yang bersiaran setiap Jumaat, jam 8.30 malam. Sambil ditemani Shira, Rozita memulakan menu pertamanya iaitu Sambal Tumis Ketam.
Rancangan itu dihoskan oleh Sharifah Shahirah (Shira) yang bersiaran setiap Jumaat, jam 8.30 malam. Sambil ditemani Shira, Rozita memulakan menu pertamanya iaitu Sambal Tumis Ketam.
Menurut Rozita, walaupun dia sibuk berlakon, dia tetap ke dapur untuk menyediakan makanan untuk anak kesayangannya. Bagaimanapun, hidangan ketamnya itu dikritik Chef Firdaus kerana agak masin tetapi sedap.
Menu keduanya Kuih Samosa dipuji Shira yang menjadi ‘tukang rasa’. Kata Rozita, ini kali pertama dia menyediakan Samosa dan dia sanggup mencubanya demi peminat.
Selesai masak, Shira dan Rozita berpakat dengan Muadz untuk mengenakan Faris. Kejutan itu membuatkan Faris terkedu. Dia rasa bagaikan berada dalam mimpi sehingga tak dapat berkata apa-apa.
Walaupun masakan ketam itu termasin dan Samosa terlebih minyak, Faris tetap mengatakan ia sangat sedap. Tentulah, sebab yang memasak makanan kegemarannya adalah artis pujaan hatinya. Inilah kejutan hari jadi yang paling berharga buat Faris.
Kepada anda yang ingin mengenakan sahabat atau saudara-mara anda, e-melkan butiran anda dan orang yang ingin anda kenakan serta artis pujaan mereka kepada loba@primeworks.com.my.
Kalau anda mahu melihat gelagat Hazama memasak, saksikan Mangkuk Tingkat Jumaat depan, jam 8.30 malam.
0 comments:
Post a Comment