BERBEKALKAN niat mahu mencari rezeki untuk menyara hidup selain faktor kecintaan mendalam terhadap muzik, nama Misha Omar meledak dalam industri seni tanah air. Lagu berhantu, Bunga Bunga Cinta ciptaan komposer terkenal Adnan Abu Hassan menyerlahkan keunikan vokal pemilik nama sebenar, Samihah Omar ini.
Menerusi lagu itu, namanya menjadi sebutan ramai, bahkan bintang yang bakatnya dicungkil menerusi pentas Bintang RTM 2001 ini mendapat perhatian luar biasa media.
Anak jati Machang, Kelantan yang mengungguli lima trofi Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik (empat trofi), Anugerah Era (tiga trofi) Festival Filem Malaysia (satu trofi) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (satu trofi) ini bukan saja hebat sebagai penyanyi, bahkan berbakat dalam dunia lakonan serta pengacaraan.
Misha menjadi pilihan Selebriti untuk berkongsi perkembangan terkini selain menjawab perihal kariernya yang nampak lebih menyerlah sebagai pelakon kebelakangan ini. Ikuti apa kata dara berusia 30 tahun ini.

Fokus anda tahun ini?
Saya akan muncul dengan album keempat dan diharap bingkisan istimewa ini dapat mengekalkan saya dalam dunia nyanyian. Album memuatkan lapan lagu ini mendapat sentuhan Datuk M Nasir sebagai penerbit eksekutif. Setakat ini saya sudah merakam empat lagu.
Komposer lain yang terbabit dalam pembikinan album ini adalah Tam dan Tony Spider serta putera sulung Datuk M Nasir, Ilham. Seperti biasa, saya mengekalkan konsep pop, namun ada sedikit kelainan apabila ada lagu yang mengetengahkan irama padang pasir.
Lanjutan percubaan membawakan lagu pop etnik iaitu Nafas Cahaya menjadi, kali ini ada lagu genre sama berjudul Maharani. Single pertama, Angin Syurga ciptaan Datuk M Nasir dan lirik Budi Hikayat diharap mendapat tempat di hati peminat.
Tahun ini juga saya makin selesa untuk meneruskan karier sebagai pelakon dan akan berusaha menggali ilmu lakonan sebanyak mungkin. Mudah-mudahan dapat peluang berlakon dengan idola dan orang lama yang berpengalaman.
Kebelakangan ini anda dilihat semakin menyerlah sebagai pelakon
Alhamdulillah. Jujur, ketika menceburi kerjaya nyanyian ketika berusia 20 tahun, tidak pernah terfikir akan jadi pelakon. Saya tidak tahu ada bakat sebagai pelakon hinggalah peluang hadir depan mata.
Percubaan pertama dalam filem Gerak Khas The Movie 3 diikuti Main-Main Cinta.
Ketika itu saya mula rasa selesa, tetapi keutamaan tetap terhadap nyanyian.
Pun begitu, sejak ditawarkan Ten View Production menjayakan watak Julu dalam Jula Juli Bintang Tiga untuk slot Legenda di TV3, saya mula jatuh cinta dengan karier lakonan dan terbuka hati untuk serius.
Saya percaya bakat boleh digilap dan tidak perlu takut melakukan kesilapan.
Alhamdulillah, tahun lalu saya diberi kepercayaan menjayakan beberapa produksi, termasuk Kopi O Kopi Susu, Qaseh Marisa, teater Mak Dara Nyonya serta teater muzikal Tun Mahathir.
Sekarang saya terikat dengan penggambaran sitkom Geng Budak Kidal untuk RTM.
Bagaimana dengan nyanyian? Ramai tertanya-tanya apa sudah jadi apabila anda jarang muncul di kaca TV dan tiada lagi lagu di radio?
Mungkin setiap orang ada laluan tersendiri. Di awal kemunculan, saya berusaha keras memperkukuhkan kedudukan dalam industri di mana saya banyak menjayakan persembahan di seluruh negara, lagu sering berkumandang di radio, muncul di kaca TV serta memenangi beberapa anugerah.
Sedar atau tidak, sudah 10 tahun saya dalam industri seni tanah air dan saya masih aktif menyanyi di majlis persendirian dan acara makan malam.
Mungkin kerana itu ada yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan kerjaya saya sebagai penyanyi, apatah lagi kebelakangan ini saya lebih menyerlah sebagai pelakon.
Saya tidak pernah lupakan bidang nyanyian, malah kini berusaha mencari titik keseimbangan antara dua bidang ini. Insya-Allah kemunculan single dan album baru nanti akan dapat mengubat kerinduan peminat.
Tidakkah anda rindu dengan populariti yang diraih satu ketika dulu?
Sebenarnya saya aman dengan keadaan sekarang, nama Misha Omar tidak lagi kerap diperkatakan.
Lagipun sudah sedekad saya dalam bidang ini, tiada apa lagi yang perlu disensasikan.
Saya lega dan puas apabila boleh menjalani hidup sebagai insan biasa. Di awal kemunculan dulu, saya jadi perhatian ramai, bahkan digosipkan dengan orang ini orang itu dan paling meletihkan apabila timbul kontroversi kononnya sudah berkahwin.
Biasanya orang mahu tahu apa saja mengenai artis baru dan akan korek macam-macam cerita dan keghairahan itu akan reda pelahan-lahan apabila artis itu sudah lama dalam industri.
Saya lihat senario ini sebagai putaran hidup yang adil. Saya seronok apabila tidak lagi perlu menepis gosip dan kontroversi bukan-bukan. Ia sihat untuk saya, maklumlah apabila usia kian meningkat, kita masih sensitif.
Maaf, biarpun perkara ini klise dan mungkin membuatkan anda bosan, ramai yang ingin tahu bilakah anda akan menamatkan zaman bujang?
Kahwin adalah cerita misteri bagi saya kerana hanya Allah SWT yang ada jawapannya. Seperti mana wanita lain, saya juga mendambakan kehidupan berkeluarga.
Saya juga ingin mempunyai suami yang sudi berkongsi suka duka, membesarkan anak bersama-sama dan mungkin menambah bilangan keluarga.
Saya bersyukur apabila cerita kononnya saya berkahwin sudah reda dan harap ada jejaka di luar sana tidak takut lagi mendekati saya. Mudah-mudahan akan dipertemukan dengan seseorang satu hari nanti.

0 comments:
Post a Comment