TIDAK habis-habis kontroversi mengenai rumah tangga pengacara Jimmy Shanley dengan isterinya, anak pengusaha produk kosmetik, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy.
Sejak kahwin pada 1 Oktober 2010 kemudian rumahtangga yang baru dibina juga mendapat perhatian hinggalah keadaan sukar diselamatkan walaupun pada Cak, mereka masih dalam suasana bulan madu.
Jimmy menfailkan perintah supaya Suhaila kembali taat diikuti permohonan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari tahun lalu. Macam-macam keburukan suami isteri ini didedahkan di mahkamah yang pada pandangan Cak, bukan saja memalukan mereka berdua tapi juga tentunya keluarga. Kehadiran anak perempuan, Zahrah Shanley yang dilahirkan pada 24 Jun tahun lalu, diharap membawa sinar bahagia kepada rumahtangga mereka. Namun kes rumahtangga mereka belum selesai dan kini timbul pula isu Jimmy abaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Dalam satu program hiburan baru-baru ini, Suhaila mendakwa Jimmy tidak menjenguk anaknya sejak enam bulan lalu dan dibalas pula oleh Jimmy mengatakan bagaimana mahu jumpa anak kerana mendapat pelbagai halangan dari pihak isteri.
Cak hanya mampu geleng kepala dengan penjelasan mereka seolah-olah menggunakan media untuk meluahkan perasaan dan bukannya bersemuka secara baik membincangkan masalah yang timbul.
Dalam pada itu, baru-baru ini, rakan Cak melihat Jimmy bersama seorang gadis ayu di satu pusat beli-belah. Jimmy dan temannya itu sedang menjamu selera di satu kedai makanan Barat.
Kata rakan Cak, mereka tidaklah nampak seperti sepasang kekasih sebaliknya lebih kepada teman yang sedang mengenali satu sama lain. Rakan Cak juga tidak pasti adakah teman Jimmy itu artis. Jimmy juga tidak menyorok dari pandangan umum kerana memilih lokasi tempat duduk yang mudah dilihat orang yang lalu lalang di situ. Ada ketikanya, kata rakan Cak, ada peminat yang melambai tangan kepada Jimmy dan dibalas pengacara Trek Selebriti itu.
0 comments:
Post a Comment