DIA terkenal kerana pernah berbogel untuk gaya seksi dalam majalah Playboy. Tetapi kini, Lindsay Lohan lebih bersopan sedikit dalam sesi fotografi terbaru yang bergaya klasik.
Aktres berusia 25 tahun itu muncul dalam beberapa imej untuk pereka Jerman, Philipp Plein dalam kempen iklannya yang terbaru.
Bintang Mean Girls itu kelihatan menawan, dengan satu daripada imej menunjukkan dia menggayakan gaun labuh hijau cair yang mempunyai belahan hingga ke paras paha sambil mengenakan tumit tinggi warna sedondon.
Dengan rambut perang mengurai di bahunya, aktres itu mempamerkan kulitnya yang halus tanpa sebarang cacat-cela.
Dengan rambut perang mengurai di bahunya, aktres itu mempamerkan kulitnya yang halus tanpa sebarang cacat-cela.
Dengan pakaian yang mendedahkan kakinya yang kurus dan panjang, pelakon itu mengenakan jaket kulit merah dan kasut dengan hiasan riben.
Lindsay mempamerkan kakinya sekali lagi ketika memakai baju singkat hitam dan tumit tinggi warna sama sambil berbaring di riba seorang model lelaki yang berjambang.
Manakala satu lagi gambar menunjukkan dia menoleh ke sisi sebelah kirinya dalam pakaian kulit harimau bintang di hadapan tumbuhan palma.
Imej terakhir menunjukkan aktres terbabit mengenakan baju putih ringkas berdiri di anak tangga bersama dua model lelaki.
Lindsay menjalani penggambaran sesi fotografi untuk kempen iklan itu September lalu di Itali ketika berkunjung ke sana untuk Minggu Fesyen Milan.
Dia pernah dikaitkan menjalin hubungan romantik bersama Plein yang mengumumkan kerjasama secara profesional dengan pelakon itu tahun lalu.
Plein berkata: “Lindsay adalah aktres dan model cantik yang disanjung tinggi. Kami mampu mewujudkan imej unik: halus, mewah, tetapi penuh dengan sensualiti.
Bagaimanapun, Lindsay mungkin terpaksa menggunakan wang bayaran diterima daripada kempen iklan itu jika kes saman dikenakan ke atasnya diluluskan mahkamah.
Menurut TMZ, jurugambar paparazzi Grigor Balyan mahukan bayaran selepas mendakwa dia cedera parah apabila kereta dipandu Lindsay melanggarnya ketika cuba meninggalkan sebuah kelab di Hollywood secara tergesa-gesa.
Peguamnya Neil Steiner berkata, Lindsay disaman kerana pembantunya memandu kereta itu di bawah arahannya.
Steiner mendakwa pelanggannya menerima rawatan ortopedik dan neurologi, serta cuba menyelesaikan hal itu dengan syarikat insurans Lindsay, tetapi mereka hanya menawarkan bayaran dengan jumlah kecil.
Dia berkata, apa yang dia inginkan ialah supaya pelanggannya mendapat pampasan yang berpatutan.
Bagaimanapun jurucakap aktres itu berkata: “Saya tidak tahu mengenai kes saman yang difailkan terhadap Lindsay oleh sebarang paparazzi yang mengintip kehidupan peribadinya setiap hari.”
Sementara itu, sesi fotografi berkenaan menandakan kemunculan semula aktres itu yang dilaporkan akan melakonkan watak Elizabeth Taylor dalam filem mengenai kisah hidup aktres veteran itu.
Menurut Deadline.com, Lindsay dikatakan akan memegang watak utama dalam Elizabeth & Richard: A Love Story, berdasarkan hubungan cinta aktres itu bersama Richard Burton.
Lindsay sudah masuk dan keluar penjara serta menjalani tempoh percubaan, selain terpaksa memakai gelang kaki pemantauan alkohol ekoran kes dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.
Dia dituduh mencuri dan melanggar tempoh percubaan serta dihukum penjara 120 hari dan perlu melakukan 480 jam tugasan komuniti.
Bagaimanapun, berikutan penjara terlalu sesak, Lindsay hanya menjalani hukuman penjara lebih daripada 35 hari di bawah tahanan di rumah.
Kelihatannya masalah Lindsay masih belum selesai.
TMZ melaporkan kerajaan persekutuan mendakwa aktres itu tidak membayar cukai pendapatannya pada 2009.
Menurut dokumen rasmi difailkan di Los Angeles, Jabatan Hasil Dalam Negeri sudah memperoleh hak menyita sebanyak AS$93,701.57 (RM300 juta) harta miliknya kerana gagal membayar cukai pendapatannya.
Laman web melaporkan jika Lindsay enggan membayar cukai itu, kerajaan akan menyita harta miliknya termasuk kediaman, kereta dan akuan bank miliknya.
Sehingga kini, Lindsay tidak memberi sebarang ulasan mengenai hal itu.
0 comments:
Post a Comment