KEDUA-DUANYA datang dari Argentina. Kedua-duanya mempunyai ketinggian 1.71m.
Masing-masing mempunyai keupayaan menjaringkan gol malah membuatkan pemilik Manchester City, Sheik Mansour terpaksa membelanjakan berjuta pound untuk mendapatkan mereka.
Kini, mereka berkongsi minat yang sama, iaitu menghabiskan masa di lapangan golf.
Jadi, bolehkah anda mengesan perbezaan di antara kedua-duanya? Jika Tevez membuat pukulan di Argentina, Aguero pula melakukan hayunan di Chesire. Perbezaan di antara kedua-dua pemain itu ternyata tidak habis di situ saja.
Ketika Aguero sibuk membantu City untuk meraih gelaran pertama Liga Perdana Inggeris, Tevez juga sibuk tapi apa sebenarnya yang dilakukannya? Tiada siapa yang pasti apa yang dilakukan pemain buangan dari Argentina itu selain dikaitkan dan kemudiannya tidak dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah.
Laporan di Argentina menyatakan pemain buangan itu mungkin dikaitkan dengan AC Milan dan sudah pun memilih sebuah rumah mewah di Itali.
Perbincangan itu masih belum disambung semula tapi buat masa ini Tevez mempunyai banyak masa di lapangan golf.
Biarpun Aguero menerima pujian melambung berikutan aksinya ketika menyarung jersinya selepas pasukan mereka kalah kepada Liverpool dalam Piala Liga, Rabu lalu, dia pasti berharap dapat mengelilingi dunia seperti rakan senegaranya itu.
Begitupun dengan City mendahului tiga mata di kemuncak liga dan selangkah lagi ke final di Wembley, mungkin tidak.
0 comments:
Post a Comment