KETIKA Rebecca Adlington menjadi perenang Britain pertama memenangi dua pingat emas Olimpik dalam tempoh 100 tahun, neneknya turut mempersoalkan mengapa dia mahu terus berada di kolam renang.
Jawapannya mudah. Untuk bertanding di London 2012.
Rebecca yang bakal berusia 23 tahun bulan depan memenangi pingat emas acara 800m dan 400m di Beijing, memecahkan rekod dunia dan menjadi wajah Sukan Olimpik London, tidak kisah untuk terus berenang.
Personalitinya yang merendah diri dan sukakan kasut, menarik perhatian ramai.
Personalitinya yang merendah diri dan sukakan kasut, menarik perhatian ramai.
“Malah nenek saya pun bertanya selepas Beijing: Apa motivasi anda kerana anda sudah mencapai segala-galanya sekarang! Saya katakan Sukan Olimpik London. Apa lagi yang lebih hebat berbanding Sukan Olimpik London?
“Saya tidak pernah mempunyai masalah dengan motivasi. Berenang adalah segala-galanya bagi saya saya. Ia kehidupan saya, saya sukakannya dan itu yang ingin saya lakukan ketika muda. Saya tiada masalah untuk bangun pagi.
“Rasa sunyi kerana anda bergerak sendiri tetapi ia sesuatu yang bagus. Apa masalahnya bersendirian? Sebaik saya terjun ke kolam, saya berada dalam Dunia Becky.
“Saya rasa perkara lain tidak lagi penting. Saya bebas, hanya ada saya dan air.”
Rebecca belajar berenang pada usia tiga tahun ketika tenggelam di dalam air.
“Ketika itu, saya bersama ibu dan bapa serta dua kakak, Chloe dan Laura yang sudah pun pandai berenang baru selesai bercuti di Florida. Kami tinggal di sebuah villa yang mempunyai kolam renang dan saya terus berlari ke kolam meskipun tidak tahu berenang.
“Ibu masih berada di tepi kolam, meniup pelampung lengan. Semua orang berhenti tetapi sebaik saya naik ke permukaan air, saya tersenyum dan berkata ‘saya baik saja’. Kemudian mereka menghantar saya mengikuti kelas renang. Jika kakak saya boleh berenang, saya pun boleh juga.
“Saya tidak mendapat semua lencana renang seperti kakak saya yang menjahitnya di tuala dan baju mereka. Sebaik tiba masa saya, mereka berkata cukuplah jika dia tahu berenang.”
Rebecca menerima penghormatan paling tinggi di Beijing disusuli tahun lalu apabila memenangi pingat emas dunia acara 800m dan perak dalam acara 400m.
Kejayaan pada 2008 yang diraih ketika berusia 19 tahun membolehkan, kolam di mana dia belajar berenang dinamakan sempena namanya dan menerima anugerah OBE daripada Ratu Elizabeth.
“Kolam itu kini dikenali sebagai ‘Pusat Rebecca Adlington’ tetapi bagi saya ia adalah Sherwood Baths. Saya tidak pernah memanggilnya dengan nama sekarang. Ia cukup pelik kerana di situlah saya belajar berenang.
“Saya berdebar ke Istana Buckingham. Saya bukan dibesarkan dalam suasana mewah di Mansfield dan bimbang apa yang patut saya panggil kepada Ratu atau tidak memperkatakan sesuatu yang kurang sopan.
“Begitupun, Ratu memberitahu saya bagaimana baginda menikmati Olimpik dan mengucapkan tahniah kepada saya kerana memenangi dua pingat emas.
“Baginda kecil orangnya dan saya memakai kasut tumit tinggi, ingin berkata ‘Tuanku seperti nenek saya. Saya ingin memeluk tuanku.’ Mujurlah saya tidak melakukannya kerana jika tidak saya mungkin dibawa ke Menara!”
“Saya perlu menangani perubahan besar dan banyak yang berlaku pada tahun itu tetapi ketika itu anda berusia 19 tahun dan tidak tahu sebarang perbezaannya.
“Saya semakin dewasa sekarang. Saya masih suka berjenaka dengan rakan tetapi kini hidup saya lebih teratur.
“Saya cuba untuk tidak melakukan perubahan besar dalam hidup saya. Saya mempunyai jurulatih yang sama, ibu saya datang dan memasak untuk saya beberapa malam seminggu dan saya pulang untuk bersama keluarga setiap Ahad.”
0 comments:
Post a Comment