TETAMU hendak datang. Rasa hati hendak menghias bunga segar di atas meja. Bunga pun dibeli tetapi sebaik pulang, lupa tidak ada bekas bunga yang sesuai.
Jangan kecewa. Ada botol plastik atau botol air mineral? Walaupun berlainan sifat dengan kaca, botol plastik tampak seperti kaca.
Begitu banyak botol plastik yang terbuang di merata tempat. Apa kata latih diri dengan memulakan kitar semula botol plastik yang ada.
Ramai yang sudah tahu botol plastik penyumbang pencemaran alam dan tidak wajar dibuang merata-rata.
Ramai yang sudah tahu botol plastik penyumbang pencemaran alam dan tidak wajar dibuang merata-rata.
Ia boleh dikitar semua di pusat proses bahan kitar semula atau kita sendiri yang mengitarnya di rumah.
Di negara kita botol plastik digunakan secara meluas bukan hanya mengisi air tetapi juga minyak, sos dan pelbagai bahan.
Projek menghasilkan sendiri bekas bunga ini sangat seronok sama ada dibuat sendirian atau bersama anak-anak. Tiada silap atau disiplin ketat yang perlu diikuti.
Hanya perlu mewarna dan mengikut rasa kerana ia pasti menghasilkan produk yang cantik walaupun mungkin kita tidak pandai melukis. Bermain dengan dua, tiga atau empat warna sekali gus. Jangan takut, kita akan semakin mahir sekiranya sudah biasa.
Untuk memudahkan keadaan, pilih botol yang licin permukaannya kerana botol yang berliku-liku agak mencabar untuk mewarna.
Kini, bekas bunga boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu membazirkan botol plastik yang ada.
0 comments:
Post a Comment