TIGA kereta nasional, Perodua Myvi, Proton Saga dan Proton Inspira meraih Anugerah Kecekapan Bahan Api 2011 Asian Auto AmBank dalam kategori berlainan.
Perodua Myvi 1.3 Liter (L) baru memenangi anugerah itu di bawah kategori kereta bandar kompak kerana kecekapan bahan api 6.2 liter bagi setiap 100 km perjalanan, Proton Saga 1.3 L (M) bagi kategori keluarga kecil (6 liter bagi setiap 100 km) dan Proton Inspira 2.0 L bagi kategori kereta keluarga mewah (6.2 liter bagi setiap 100 km).
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Ahmad Suhaimi Mohamed Anuar dan Pengarah Eksekutif Perodua, Zainal Abidin Ahmad, masing-masing menerima anugerah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank Berhad, Datuk Mahdi Murad dan Pengarah Sapporo Malaysia, Lim Chee Yeang di Petaling Jaya, semalam.
AmBank penaja utama bagi anugerah automotif tahunan itu yang memberikan pengiktirafan kepada jenama kereta yang menawarkan kenderaan paling cekap bahan api dalam kategori masing-masing. - Bernama
0 comments:
Post a Comment