Saturday, 14 January 2012
MU pencabar utama City, Spurs tercicir
LONDON: Manchester United yang mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Bolton Wanderers semalam, mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama terhadap Manchester City dalam saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
Selepas enam bulan mengumumkan pengundurannya, bekas pemain tengah England, Paul Scholes, menjaringkan gol pertama 'The Red Devils' pada minit ke-45.
Scholes berusia 37 tahun menjaringkan gol hasil lencongan penyerang Manchester United, Wayne Rooney; sebelum Danny Welbeck dan Michael Carrick menutup tirai jaringan dalam perlawanan semalam.Sementara itu, keputusan seri 1-1 antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers membuka ruang kepada pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah dua mata berbanding pasukan di tempat ketiga ketika ini (Tottenham).
Saingan musim ini bola sepak EPL bertambah menarik apabila apabila Manchester United mencatatkan perbezaan jaringan kepada satu gol berbanding City.
Pasukan bimbingan Roberto Mancini hanya akan beraksi Isnin depan menentang Wigan. - AFP
Posted by
avantgarde
|
at
15:56
|
Labels:
sukan,
sukan luar negara
|
Estou lendo: MU pencabar utama City, Spurs tercicirTweet this!
| Feed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment