LOS ANGELES: Di sebalik kehebatannya sebagai selebriti bertaraf dunia, rupa-rupanya Madonna tidak pandai memasak apa-apa pun.
Menurut Madonna, sepanjang ingatannya, dia tidak pernah memasak makanan sendiri, sebaliknya semua diuruskan tukang masak peribadi.
Malah, katanya, mungkin anak perempuannya, Lourdes, lebih pandai memasak berbanding dirinya.
“Anak saya suka masak, pemandu saya juga pandai memasak, malah, semua orang memasak,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC semalam. Ditanya sama ada dia mampu menyediakan sesuatu hidangan, Madonna berkata, dia memang tidak tahu.
“Tetapi saya melakukan yang lain. Apakah saya perlu lakukan semuanya sendiri?” katanya. - DM
0 comments:
Post a Comment