ROME: Kapten kapal pesiaran Itali yang terkandas dekat Pulau Giglio merapati pantainya yang berbatu untuk mengambil hati ketua pelayan yang berasal dari tempat itu, lapor akhbar Corriere della Sera, semalam.
Laporan itu menimbulkan lebih banyak tuduhan tidak bertanggungjawab dilemparkan terhadap kapten kapal berkenaan, Francesco Schettino yang menyebabkan kemalangan dan mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang. Kapten itu berkata, dia sudah melakukan kesilapan.
Menurut akhbar itu, sejurus sebelum kemalangan, kapten terbabit memanggil ketua pelayan, Antonello Tievoli ke atas dek sambil berkata, “Tievoli, mari sini, kita semakin dekat dengan Giglio kamu,” kata saksi sebagaimana dipetik dalam akhbar berkenaan. Tievoli sepatutnya bercuti pada minggu sebelumnya tetapi terpaksa bertugas di atas kapal kerana tiada pengganti.
Kira-kira 15 orang masih hilang selepas kapal berkenaan merempuh pantai berbatu di pulau itu Jumaat lalu. - AFP
0 comments:
Post a Comment