KUALA LUMPUR - Tidak sampai sebulan selepas menumpaskan Datuk Lee Chong Wei pada Siri Super Masters Akhir, Chen Long sekali lagi bakal menjadi igauan ngeri buat jaguh No. 1 dunia itu apabila kedua-dua pemain berentap pada separuh akhir Terbuka Malaysia, hari ini.
Selain bakal disaji dengan pertembungan Chong Wei-Chen Long, penganjur kejohanan Siri Super bernilai AS$$400,000 (RM1.26 juta) itu juga pasti lega kerana Stadium Putra, Bukit Jalil yang memiliki 16,000 kapasiti bakal menarik ribuan penonton kerana Malaysia turut memiliki wakil dalam beregu campuran menerusi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Jika bulan lalu Chong Wei disentap dengan kekalahan 16-21, 21-16, 18-21 kepada Chen Long, 22, kali ini dia turun ke Stadium Putra, Bukit Jalil dengan keyakinan lebih tinggi kerana masih segar dengan kejayaan membenam musuh ketat, Lin Dan pada final Terbuka Korea, minggu lalu.
Malah, keazaman jaguh No. 1 dunia itu untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kelapan cukup jelas apabila menundukkan rakan baiknya, Taufik Hidayat 21-9, 21-18 di suku akhir semalam, biarpun dilihat cuba memberi sedikit 'muka' kepada jaguh Indonesia itu.
Namun, Chen Long juga mempamer aksi meyakinkan ketika menundukkan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-19, 21-17 dalam laluan ke separuh akhir. Andai berjaya mengalahkan Chen Long hari ini, Chong Wei mungkin masih tidak terlepas daripada dibayangi pemain China di finalesok kerana juara dunia 2010, Chen Jin turut melangkah ke separuh akhir dan akan bertemu Kenichi Tago dari Jepun.
Tanpa kelibat Lin Dan yang tewas mengejut kepada pemain Denmark, Jan O Jorgensen di pusingan kedua kelmarin, Chong Wei menjadi pilihan untuk meneruskan dominasinya pada Terbuka Malaysia selepas menang pada 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2005 dan 2004.
Chong Wei, 29, terlalu hebat buat bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik apabila mudah memenangi set pertama 21-9 di set pertama. Namun, dia memperlahankan permainan di set kedua hingga ketinggalan 12-10, 16-14 sebelum menang 21-18.
"Saya bukan sengaja memberi peluang kepada Taufik untuk menjaga air mukanya tetapi selepas menang mudah di set pertama, saya bermain terlalu relaks sampai membenarkan Taufik bangkit, nasib baik saya cepat memperbaiki permainan.
"Mengenai pertemuan dengan Chen Long esok, pada saya dia lawan yang amat sukar. Kalah atau menang tiada apa padanya, jadi tekanan adalah kepada saya, lagipun dia masih muda dan mempunyai kelebihan fizikal," kata Chong Wei.
Sementara itu, Peng Soon-Liu Ying merakam satu lagi kejayaan dalam karier mereka apabila melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan berstatus Siri Super buat kali ketiga selepas dipaksa berhempas pulas menundukkan pasangan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo 21-13, 14-21, 27-25 dalam pertarungan satu jam.
Kejayaan ini juga memberi keceriaan buat pasangan No. 11 dunia itu selepas menerima kejatuhan dua anak tangga pada ranking dunia, kelmarin.
Peng Soon menarik nafas lega dengan kemenangan semalam dan mengakui, jantungnya bagai berhenti ketika menempuhi detik cemas bermain deuce. "Dapat memenangi permainan mendebarkan seperti ini memberi keseronokan tidak terhingga," kata Peng Soon, yang mara ke separuh akhir Terbuka India 2011 dan Terbuka China 2010.
Laluan getir bakal menanti mereka pada separuh akhir hari ini apabila berdepan pilihan pertama, Zhang Nan-Zhao Yunlei.
Mereka kalah kepada pasangan China itu dalam semua tiga pertemuan sebelum ini.
Cabaran Malaysia dalam beregu wanita agak menyedihkan apabila Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tidak termampu menandingi pasangan Korea, Ha Jung Eun-Kim Min Jung apabila kalah 19-21, 10-21. Vivian Hoo-Woo Khe wei pula bernasib malang selepas menarik diri ketika berdepan Yixin Bao-Zhong Qianxin dari China ekoran kecederaan Khe Wei.

0 comments:
Post a Comment