PELAKON popular ini turut bersyukur kerana dapat bekerja dengan pasukan yang profesional dalam filem Penanggal terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Setakat ini, penggambaran filem ini berjalan lancar dan membabitkan lokasi sekitar Kuala Kangsar, Perak.
“Saya pegang watak Sharifah Zahrah, tunang kepada Syed Yusof lakonan Azri Iskandar dalam filem Penanggal. Uniknya, karakter saya dalam filem ini kerana saya perlu bercakap bahasa Arab.
“Watak saya berat dalam filem ini. Alhamdulillah, berkat bimbingan pengarah Ellie Suriaty dan pasukannya, saya dapat buat yang terbaik. Insya-Allah, filem Penanggal bakal mengembalikan semula kegemilangan saya di layar perak. Semoga filem ini berjaya,” katanya.
Fasha mengakui berdepan cabaran besar menjiwai watak Sharifah Zahrah terutama waktu penggambaran yang berlangsung pada waktu malam sehingga subuh.
Fasha mengakui berdepan cabaran besar menjiwai watak Sharifah Zahrah terutama waktu penggambaran yang berlangsung pada waktu malam sehingga subuh.
“Penggambaran memang penat, tapi berbaloi. Selain itu, saya perlu bercakap bahasa Arab dan ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bernasib baik kerana ada tiga guru (lakonan dan bahasa Arab) yang membimbing kami setiap hari di lokasi penggambaran.
“Saya juga banyak menimba pengalaman berharga bekerja dengan Ellie. Terus terang, saya tidak berasa takut bekerja dengannya. Bagi saya, Ellie adalah pengarah yang baik, rajin dan tidak lokek ilmu.
“Saya memang kagum dengan bakat Ellie kerana dia memang pelakon yang disegani.
Ellie tidak garang langsung dan dia seorang pengarah yang baik,” katanya.
Pada masa sama, kata Fasha, dia tidak ada masalah mendapat keserasian bergandingan dengan Azri Iskandar dan Zul Ariffin dalam filem itu.
“Azri dan Zul pelakon yang sangat bagus. Kami saling bantu membantu ketika di lokasi. Semoga filem ini berjaya dan peminat filem tempatan dapat memberi sokongan pada filem ini,” katanya yang menanti tayangan filem barunya, Dari kerana Mata.
Selain filem, Fasha juga menerima beberapa tawaran berlakon filem termasuk Pak Pong tetapi jadualnya tidak mengizinkan. Selepas selesai penggambaran Penanggal, dia ke lokasi penggambaran drama bersiri 24 episod berjudul Seindah Sakura untuk Slot Akasia, TV3. Menyusul selepas itu, dia akan berlakon Slot Seram untuk TV3 pula.
Dari segi pencapaiannya setakat ini, Fasha mengakui masih banyak ilmu lakonan perlu dipelajarinya.
“Saya bersyukur dengan pencapaian dikecapi pada usia 27 tahun ini. Kami sekeluarga juga berada keadaan selesa. Saya amat bahagia dan gembira dengan kehidupan hari ini. Terima kasih pada semua peminat yang tak jemu membantu dalam karier selama ini.
“Dari segi bisnes pula, Chinta Salon mendapat sambutan bagus daripada pelanggan setakat ini. Chinta Salon akan mengadakan promosi untuk rawatan rambut `creambath’ dengan harga RM70. Sila telefon Chinta Salon untuk temujanji, 03-41433084. Saya juga memasang impian untuk buka satu lagi Chinta Salon di Johor pada masa depan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment