BEIJING: Apple Inc berkata ia akan menghentikan jualan iPhone 4S yang terbaharu di Beijing dan Shanghai selepas membuat kemunculan singkat di negara itu, bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerjanya.
iPhone 4S, yang mulai dijual pada Jumaat, menyebabkan pergaduhan di kedainya di Sanlitun Village, Beijing.
Kedai itu dipaksa ditutup bagi melindungi pekerjanya dari pergaduhan luar, kata syarikat itu di dalam satu kenyataan online, sambil menyatakan kesemua iPhone 4S habis dijual di kesemua kedai Apple di China berikutan permintaan yang tinggi mendapatkan peranti itu.
Bagaimanapun, para pelanggan China berupaya menempah iPhone itu melalui kedai online Apple atau beli dari peniaga yang dibenarkan, kata jurucakap syarikat itu.
Bagaimanapun, para pelanggan China berupaya menempah iPhone itu melalui kedai online Apple atau beli dari peniaga yang dibenarkan, kata jurucakap syarikat itu.
Ribuan pembeli fanatik Apple beratur sehingga malam di dalam cuaca negatif 9 darjah Celsius di kedai Apple di Xidan Street dan Sanlitun Village di Beijing, bagi menunggu kemunculan iPhone 4S di China. - Bernama
0 comments:
Post a Comment